YAQAZAH (JUMPA SECARA NYATA DENGAN RASULULLAH SAW)
Definisi Yaqazah dan Musyafahah
Arti yaqazah menurut bahasa ialah jaga, sadar, bukan dalam keadaan
mimpi, (yaqiza) Aiy mutayaqqizun: Hazirun: jaga, sadar, berjaga-jaga.
Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul
Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al‘asriyah, Soida, Beirut. (halaman 349)
Adapun pengertian yaqazah pada istilah pembahasan ilmu tasawuf ialah
bertemu atau berjumpa dengan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga
(bukan mimpi) dan hal ini merupakan satu karamah wali-wali Allah.
Arti musyafahah menurut bahasa adalah bercakap-cakap antara dua pihak. (Al Musyafahah) Al Mukhatobah min fika ila fihi.
Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh Al Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul
Qadir Ar Razi, Al Maktabah Al‘asriyah, Soida, Beirut. (halaman 167)
Pengertian musyafahah secara istilah adalah bercakap-cakap dengan roh
Rasulullah SAW atau bertanya- jawab atas hal-hal yang kurang jelas
dalam agama atau menerima amalan-amalan tertentu dari baginda.
Yaqazah adalah satu perkara luar biasa yang bertentangan dengan adat
kebiasaan. Ia menjadi salah satu sumber kekuatan para ulama yang hak
dalam mempertahankan kebenaran. Imam As Sayuti apabila ingin memasukkan
sebuah Hadis ke dalam kitab karangannya akan bertanya kepada Rasulullah
SAW secara yaqazah: “Adakah Hadis ini daripadamu ya Rasulullah?” Jika
Rasulullah SAW membenarkan, barulah beliau menuliskan Hadis tersebut.
Begitu juga terjadi kepada banyak auliya Allah.
Ini merupakan satu ‘teknologi’ yang sangat canggih yang tidak mampu
dipotong oleh musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi dan Nasrani.
Bagaimana mereka ingin memotongnya sedangkan kekuatan mereka hanya
sebatas memaksimumkan penggunaan akal. Akal sampai kapan pun tidak akan
berhasil mengalahkan kekuatan roh. Inilah senjata kemenangan ulama-ulama
dan para pejuang Islam sepanjang sejarah. Dengan bersungguh-sungguh
mengusahakan taqwa, Allah kurniakan kepada mereka bantuan-bantuan-Nya
secara zahir atau rohani. Di antara bantuan-bantuan rohani ialah mimpi
yang benar, firasat, kasyaf, hatif dan lain-lain. Bacalah sejarah Tariq
bin Ziad, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Mimar Sinan, Imam Al
Ghazali, Imam As Sayuti. Kajilah rahsia kemenangan mereka.
Hukum Yaqazah
Yaqazah
hukumnya dapat berlaku pada wali-wali Allah sebagai kemuliaan (karamah)
yang Allah kurniakan kepada mereka. Ia adalah perkara yang bertentangan
dengan adat kebiasaan (luar dari kebiasaan) pada logika manusia
sedangkan ia masih dalam lingkungan mumkinat (harus) bagi Allah
mengadakan atau meniadakannya.
Perlu diketahui perkara yang bersalahan dengan adat boleh dibahagikan
kepada empat kategori, berdasarkan di tangan siapa ia terjadi:
1. Mukjizat: berlaku kepada para rasul a.s. sebagai bukti kerasulan mereka untuk mencabar penentang-penentang mereka.
2. Karamah: berlaku kepada kekasih-kekasih Allah (para wali) lambang kemuliaan yang Allah beri kepada mereka.
3. Maunah: berlaku kepada orang-orang mukmin dengan berkat guru atau amalan tertentu yang diistiqamahkan.
4. Sihir: berlaku di tangan orang-orang fasik atau kafir secara istidraj (dalam murka Tuhan).
Dalil Boleh Beryaqazah
Perlu diketahui dan difahami, ada banyak ayat-ayat Al Quran yang memberi
isyarat tentang peristiwa yaqazah ini. Kalaulah ia dapat berlaku kepada
para rasul a.s. sebagai mukjizat, ia juga dapat berlaku kepada
wali-wali Allah sebagai karamah.
Dalil pertama: Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s.
Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda dipertemukan dengan Nabi Musa
a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran
Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di
dalam Al Quran dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah: 23)
Dalil kedua: Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul
Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Israk sebelum baginda dimikrajkan. Firman Allah:
Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf: 45)
Di dalam Tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:
“Masalah bertanya kepada anbiya di malam mikraj, Ibnu Abbas
meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan
Rasulullah SAW dalam tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul.
Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah
dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di
malam itu.”
Dalil ketiga: Hadis dari Abu Hurairah r.a.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan
melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai
diriku.” (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)
Pengakuan Ulama Mengenai Yaqazah
Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:
“Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk
bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah
SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka
dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari
kuburnya.”
Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
“Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda
menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah
atau menunjukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah
sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”
Pihin Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar
Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, mengeluarkan fatwa melalui
Pejabat Mufti, Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam
pada 14 Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988 iaitu:
“Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan
Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu
ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh,
bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali
Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk
di bawah ertikata fadhailul a’mal.
Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu
kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah
sebutkan di awal-awal rencana ini.
Sila baca kitab-kitab mengenai wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq
karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al
Arifbillah Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H
dan Jami’u Karamatil Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul
Auliya oleh Al Hafiz Abu Naim dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim
Mahmud, Mesir dan lain-lain.”
Imam Al-Allamah An-Nafrawi r.h.l. berkata (di dalam bukunya (Al-Fawakih Ad-Diwani, jilid 3, m/s 360):
“Diharuskan (dibolehkan) seseorang berjumpa atau melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah atau
secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis). Mereka cuma
berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi s.a.w. itu
dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran)
sahaja?... Adapun mereka yang mengingkarinya, maka hukumnya Haram,
kerana kalaulah dia mengingkarinya kerana dia seorang yang mengingkari
tentang keramat (perkara-perkara yang luar biasa dari adat) para wali
(kekasih Allah s.w.t.), maka untuk berbahas dengan mereka sememangnya
sia-sia, kerana dia sendiri telahpun mendustai apa yang dithabitkan di
dalam sunnah (samada mengenai karamat para wali atau mengenai bertemu
Nabi s.a.w. secara yaqazah)…”
“Apa itu ‘yaqazah’? Ia adalah satu kejadian ajaib yang menemukan antara syeikh tarekat tertentu dan juga Rasulullah SAW setelah bertahun-tahun malah beratus tahun selepas kewafatan Baginda.
Barangkali, seseorang yang jahil dalam ilmu mantiq akan terpukau dengan takrif “yaqazah” yang diberikan oleh saudara penulis tersebut. Tetapi, kalau kita nilai balik takrif tersebut, ianya tidak bersifat jami’ dan mani’ menurut ilmu pentakrifan sesuatu.
Ini kerana, tidak ada satupun dari kalangan para ulama’ dan ahli sufi yang mengatakan bahawa, yaqazah (atau bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazah)
tersebut hanya dikhususkan kepada para sheikh tarekat semata-mata.
Silalah kiranya, saudara penulis ataupun para penggemar si penulis
tersebut mengkaji buku-buku yang menulis mengenainya, hatta dari
kalangan ulama’ sufi sendiri, nescaya saudara tidak akan mendapati
satupun tulisan mereka yang mengkhususkan perkara tersebut berlaku
kepada para sheikh tarekat semata-mata.
Bahkan,
seluruh ulama’ menerangkan bahawa, ianya boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja yang dimuliakan oleh Allah s.w.t., dari kalangan umat Islam,
bukan sekadar kepada para sheikh tarekat sahaja.
Hal
ini jelas merupakan suatu tuduhan tidak berasas dari saudara pengarang,
ataupun suatu fitnah terhadap golongan tarekat dan sufi itu sendiri.
Sesiapa
sahaja yang diberi kemuliaan oleh Allah s.w.t. untuk bertemu dengan
Nabi s.a.w. secara jaga, maka perkara tersebut akan berlaku kepadanya,
samada dia seorang ahli tarekat mahupun tidak, kerana tidak ada sesiapa
yang berhak mengkhususkan nikmat pemberian Allah s.w.t., apatah lagi
berhak menuduh sesuatu golongan mengkhususkannya kepada mereka sahaja,
tanpa sesuatu pihak yang lain.
Marilah kita nukilkan ulasan-ulasan para ulama’ mengenai perihal “bertemu atau melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah tersebut,
kerana kita sememangnya kekurangan ilmu mengenainya. Jadi, rujuklah
kepada mereka yang lebih berilmu sebelum sewenang-wenangnya
mempertikaikan sesuatu.
Imam Al-Nafrawi Al-Maliki dalam bukunya (yang disebutkan sebelum ini) menyebut:
“Diharuskan (dibolehkan) seseorang berjumpa atau melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah atau
secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis). Mereka cuma
berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi s.a.w. itu
dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran)
sahaja? Sebahagian ulama’ berpegang dengan pendapat pertama (di mana
seseorang yang bertemu dengan Nabi s.a.w. secara yaqazah melihat
tubuh Baginda s.a.w. secara hakiki). Sebahagian ulama’ pula berpegang
dengan pendapat yang kedua (iaitu: melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dalam
bentuk imej, gambaran seperti pantulan di cermin dan sebagainya,
Wallahu a’lam), di antara mereka (yang berpegang dengan pendapat kedua
adalah): Imam Al-Ghazali, Imam Al-Qarafi, Imam Al-Yafi’e dan sebagainya.
“Golongan
yang berpegang dengan pendapat yang petama berhujah bahawa: Nabi
Muhammad s.a.w. umpama cahaya hidayah dan mentari keilmuan, boleh
dilihat dari jauh seperti orang boleh melihat matahari dan cahaya dari
jauh… Tubuh Baginda s.a.w. tidak meninggalkan kubur, tetapi seseorang
yang melihat Nabi s.a.w. secarayaqazah dibuka
oleh Allah s.w.t. hijab (jarak) antaranya dengan Rasulullah s.a.w.
lantaran itu, dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. samada dia berada di
timur mahupun barat…
“Ada juga yang berpendapat, seseorang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dengan
mata hati, bukan dengan mata kepala, kerana boleh jadi juga, orang yang
buta juga diberi anugerah melihat Baginda s.a.w. secara jaga, dengan
mata hatinya…
“Ibn Abi Hamzah dan sebahagian daripada mereka (para ulama’) menceritakan bahawa mereka pernah melihat Nabi s.a.w. secara jaga…”
Demikianlah perkataan Imam An-Nafrawi mengenai keadaan melihat Nabi s.a.w. secara jaga (yaqazah)
tersebut, di mana hijab jarak dibuka oleh Allah s.w.t. kepada
seseorang, lantaran itu dia melihat tubuh Nabi s.a.w. dari jauh, yang
mana jasad Nabi s.a.w. tidakpun meninggalkan maqam Baginda s.a.w., bukan
seperti sangkaan penulis dan mereka yang berfikiran seperti beliau, di
mana seseorang berjumpa Nabi s.a.w. di Kuala Lumpur dan sebagainya.
Hal ini jelas beliau masih belum faham mengenai keadaan bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazah,
boleh jadi keran belum berpengalaman. Tetapi, rujuklah ulasan-ulasan
para ulama’ mengenainya terlebih dahulu, sebelum membuat andaian yang
pelbagai, yang hanya berdasarkan prasangka dan khayalan semata-mata.
Tidak sama melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dengan bertemu penulis di sekitar Kuala Lumpur…Maka fahamilah.
Al-Allamah Dr. Ali Jum’ah menerangkan juga dengan maksud yang lebih kurang sama:
“Boleh jadi, melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dan
hakiki itu, ialah melihat Nabi s.a.w. di tempat Baginda s.a.w. di
Raudhah Baginda s.a.w. yang mulia, di mana yang melihatnya, melihat
Baginda s.a.w. dalam bentuk imej, gambaran dalam alam gambaran, yang
merupakan natijah dari limpahan cinta terhadap Baginda s.a.w. dan
sentiasa memikirkan tentang Nabi s.a.w…”
Keadaan
ini tidak ditolak oleh syariat, jadi tidak layak seseorang
mempertikaikannya, kerana Allah s.w.t. Maha Berkuasa dalam mebuka hijab
jarak antara seseorang dengan seseorang yang lain di alam yaqazah jika Dia menginginkannya.
Contoh
tersebut (pembukaan hijab jarak) juga dinukilkan dalam suatu peristiwa
yang berlaku terhadap Saidina Umar r.a., di mana beliau melihat keadaan
kumpulan tentera yang dihantar olehnya sedangkan beliau berada jauh di
tempat lain (di Parsi) dari kumpulan tersebut, lantaran itu melaungkan
perkataan “Ya Sariyah” dan suara itu didengari oleh kumpulan tentera
yang berada jauh dari Saidina Umar tersebut. (riwayat At-Tabrani dalam tarikh beliau ( jilid 2 m/s 553), Ibn Hajar dalam buku Al-Ishobah jilid 3 m/s 6 dan Ibn Abdil Bar dalam buku Al-Isti’ab jilid 4 m/s 1605)
Jadi,
dari sudut akal mahupun syariat, hal tersebut tidak bertentangan. Jadi,
orang-orang yang mengingkarinya samada jahil mahupun sengaja tidak mahu
menerimanya, boleh jadi hasad kerana tidak pernah mengalaminya dan
sebagainya.
Lihatlah ulasan Sheikh Ibn Al-Haj (dalam buku Al-Madkhal, jilid3 m/s 194):
“Sebahagian orang mendakwa melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah, sedangkan ia merupakan satu perbahasan yang sempit untuk diperbahaskan (sukar untuk diperbahaskan). Amat
sedikitlah dari kalangan mereka yang mengalaminya, kecuali terhadap
mereka yang amat mulia di zaman ini. Walaubagaimanapun, kami tidak
mengingkari sesiapa yang mengaku pernah mengalaminya, dari kalangan
orang-orang yang mulia yang dipelihara oleh Allah s.w.t. zahir dan batin
mereka.”
Oleh yang demikian, pertemuan dengan Nabi s.a.w. secara yaqazah menurut
para ulama’ besar adalah bertemuan yang tidak dibatasi oleh jarak,
kerana ianya menjangkaui sempadan tersebut, dengan kuasa dan izin Allah
s.w.t., dan tidak ada penafian mengenainya kepada Saidina Umar r.a. pun
pernah mengalami perihal demikian.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud:
“Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka dia akan melihatku secara yaqazah, kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupaiku”
Hadis riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Sahih beliau (6/2567), dan Abu Daud dalam Sunan (4/305).
Adakah ini bukan hadis sahih?
Marilah sama-sama kita lihat perbahasan ulama’ mengenainya:
Berkata Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Musnid Sidi Dr. Sheikh Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki (Az-Zakho’ir Al-Muhammadiyah m/s 147):
Tentang hadis tersebut (sahih Al-Bukhari yang dinukilkan sebelum ini), para ulama’ mengatakan bahawa: yaqazah itu bermaksud, di dunia secara qat’ie walaupun ketika hendak mati (sakaratul maut).
Al-Allamah Al-Mufti Dr. Ali Jum’ah juga menjelaskan perihal hadis tersebut:
“…Hadis tersebut menceritakan tentang kebolehan (keharusan) seseorang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di semasa hidupnya di dunia…” (Al-Bayan m/s161)
Imam Al-Nafrawi juga menggunakan hadis yang sama sebagai sandaran bahawa, melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah hukumnya MUBAH (harus atau boleh) dari sudut syariat, dan sesiapa yang mengingkarinya maka hukumnya HARAM.
Bahkan, jumhur ulama’ menjelaskan keharusan melihat Nabi s.a.w. di dunia ini secara yaqazah terutamanya
mereka yang pernah berjumpa dan melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi
berdasarkan hadis Sahih Al-Bukhari tersebut. Bahkan, menurut An-Nafrawi
juga, ianya (keharusan hukum tersebut) disepakati oleh para huffaz,
berdasarkan hadis tersebut.
Begitulah yang dijelaskan juga oleh para ulama’ yang lain seperti As-Suyuti dan sebagainya, mengenai perkara tersebut.
Para ulama’
turut membidas ta’wil sebahagian oranag yang mengatakan bahawa, maksud
hadis Al-Bukhari tersebut ialah, melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di akhirat kelak.
Al-Allamah Syed Muhammad Alawi Al-Maliki mengatakan bahawa:
“Adapun bagi pihak yang mentakwilkannya sebagai melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di
akhirat, maka jawapan para ulama’ terhadap mereka: Sesungguhnya di
akhirat, setiap orang yang beriman akan melihat Baginda s.a.w. samada
yang pernah mimpi berjumpanya di dunia mahupun yang tidak pernah
bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w, seperti yang dijelaskan dalam
banyak hadis-hadis sahih yang lain”
Hal
ini menyebabkan, tiada pengkhususan antara mereka yang pernah melihat
Nabi s.a.w. di dalam mimpi mahupun tidak, sedangkan di dalam hadis
tersebut menceritakan tentang pengkhususan terhadap mereka yang pernah
bermimpi bertemu Nabi s.a.w. dengan mereka yang tidak pernah bermimpi
berjumpa Nabi s.a.w., iaitu:
“…dia akan melihatku secara yaqazah…”
Oleh yang demikian, Al-Allamah Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) menegaskan bahawa:
“Orang yang mengatakan (mengkhususkan) bahawa, maksud yaqazah dalam hadis tersebut merupakan yaqazah di hari akhirat, amat tersasar dari maksud sebenar kerana dua perkara:
Pertama:
Umat Nabi s.a.w. akan melihat Nabi s.a.w. di Hari Kiamat, samada mereka
yang pernah melihat Nabi s.a.w. dalam mimpi ataupun tidak, (jadi
pengkhususan tersebut kepada mereka yang pernah mimpi berjumpa Nabi
s.a.w. dalam hadis tersebut sia-sia sedangkan hadis Nabi s.a.w. tidak
begitu).
Kedua: Tidak ada lafaz taqyiid (yang mengikat) makna yaqazah dalam hadis tersebut dengan ikatan “hari Kiamat dan sebagainya”. Maka, pengkhususan (yaqazah hanya di hari akhirat) tanpa yang mengkhususkannya (di dalam hadis tersebut), dihukum sebagai sebaliknya (iaitu yaqazah itu di dunia).”
Rujuk buku Al-Bayan karangan beliau (m/s 161)
Jadi, dari banyak wujuh (sudut), takwilan mereka yang mengatakan bahawa, makna: “…dia akan melihatku secara yaqazah” ialah melihat secara yaqazah di akhirat adalah tertolak dengan hujah-hujah berikut:
Hadis tersebut mengkhususkan “melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah” bagi mereka yang pernah melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi. Jika sekiranya yaqazahbererti,
melihat Nabi s.a.w. di akhirat, maka pengkhususan kepada mereka yang
pernah melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi itu batil, kerana di akhirat,
seluruh umat Islam yang beriman akan melihat Nabi s.a.w. samada pernah
bermimpi Nabi s.a.w. ataupun tidak, berdasarkan hadis-hadis yang lain.
Maka, jelaslah bahawa, yaqazah yang dimaksudkan ialah di dunia.”
Kedua: Takwil tersebut tidak jelas kerana tidak ada “taqyid” dalam hadis itu yang mengikat perkataa yaqazah dengan bermaksud melihat Nabi s.a.w. di akhirat. Maka, jika tiada taqyiid, pengkhususan yaqazah dengan yaqazah di akhirat menjadi batal.
Ketiga:
Perkataan yang digunakan oleh Nabi s.a.w. ialah “huruf sin” pada
“sayaroni” bererti akan melihatKu. Huruf sin dalam kaedah Bahasa Arab
yang membawa maksud: “akan”, merujuk kepada suatu tempoh masa yang
dekat, sedangkan hari akhirat dibandingkan dengan tempoh di dunia, amat
jauh. Jadi, makna “sayaroni” (akan melihatku) secara yaqazah di dunia lebih menepati maksud sebenar berbanding di akhirat.
Keempat: Kalaulah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis tersebut, bahawa seseorang akan melihatku secara yaqazah di akhirat, maka Nabi s.a.w. tidak perlu menggunakan istilah yaqazah (secara jaga), kerana lawan yaqazah ialah bermimpi atau tidur, sedangkan di akhirat tidak ada yang tidur atau bermimpi.
Cukuplah
kalau Nabi s.a.w. bermaksud: “akan melihatku di akhirat”, jika ingin
memberi maksud, melihat Nabi s.a.w. di akhirat. Tetapi, Nabi s.a.w
menggunakan lafaz yaqazah (secara jaga) menunjukkan apa yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah, melihatnya secara yaqazah (jaga) di dunia, kerana di dunialah adanya mimpi dan adanya yaqazah, sedangkan di Akhirat tiada lagi mimpi atau tidur, jadi tidak perlu menggunakan istilah “akan melihatku secara yaqazah” jika melihat tersebut di akhirat, kerana semua orang tahu, melihat Nabi s.a.w. di akhirat tersebut sememangnya secara yaqazah. Jadi, perkataan yaqazah dalam
hadis itu sendiri menunjukkan apa yang Nabi s.a.w. maksudkan ialah,
sesiapa yang pernah bermimpi melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi, bererti
akan melihat Baginda s.a.w. secara jaga.
Pada hakikatnya, golongan yang cuba mentakwilkan
hadis ini dengan hari Akhirat tidak berasas sama sekali dan tertolak
dari pelbagai sudut yang disebutkan sebelum ini.
Apa yang jelas, ada hadis sahih yang menceritakan tentang “melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah tersebut, dan jawapan kami kepada penulis, ya…memang ada hadis SAHIH tentang perkara tersebut.
Penulis seterusnya menulis:
“
Adakah perkara ini merupakan perkara yang telah diterima oleh para
ulama sejak dahulu hingga kini? Adakah anda boleh mempercayai cerita
ini? “
Memang
terlalu ramai ulama’ yang menulis mengenainya, dan perkara tersebut
diterima oleh ramai para ulama’ sejak dahulu hingga kini. Cuma, golongan
yang mengingkarinya sahaja yang syaz (terasing atau sedikit).
Imam As-Suyuti mengatakan (dalam buku At-Tanwir tersebut m/s 10 percetakan Dar Jawamik Al-Kalim):
“Telah banyak yang mempersoalkan mengenai sebahagian ahli rabbani yang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah ini. Adapun
suatu golongan yang mengingkarinya pada zaman ini merupakan mereka yang
tidak mempunyai latar belakang ilmu (yang cukup dalam bidang agama),
sehingga menyebabkan mereka mengingkarinya dan berasa pelik mengenainya
sehingga mendakwa bahawa ianya mustahil. Kini saya mengarang penulisan ini mengenai perbahasan tersebut yang dinamakan sebagai “Tanwir Al-Halak fi Imkan Ru’yatu An-Nabi wa Al-Malak”.
Telahpun
tertulis di dalam risalah tersebut pelbagai dalil-dalil dan bukti-bukti
tentang keharusan (boleh) melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah dan mendengar suara Baginda s.a.w. dan para malaikat.
Banyak
lagi para ulama’ dari dahulu sehingga hari ini menulis mengenai perkara
tersebut, seperti Imam Ibn Hajar dalam syarah beliau terhadap Sahih
Al-Bukhari itu sendiri (Fathul Bari) dalam tajuk berkenaan, Imam
An-Nawawi dalam Syarah Muslim, Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam buku
fatwa beliau, dan begitu juga dengan ramai para ulama’ masa kini yang
turut menulis mengenainya seperti Mufti Mesir sendiri, Dr. Ali Jum’ah,
Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki, Dr. Umar Abdullah Kamil, dan
sebagainya.
Jadi,
sudah tentu kami yang tahu mengenainya boleh mempercayai cerita tentang
seseorang bertemu Nabi s.a.w., kerana para ulama’ pun ramai yang
membincangkannya dan mengakuinya. Kalau tidak tahu, lebih baik bertanya
dari mengkritik atau mempertikaikan, apatah lagi mengenai perkara yang
mempunyai sandarannya dari Islam.
Berkata
Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah bin Syeikh Al Idrus Baalawi yang
hidup tahun 978 Hijrah dan mati tahun 1038 Hijrah dalam kitabnya An Nurus Safir ‘An Akhbaril Quranil ‘Asyir:
Adalah Imam Al Hafiz As Sayuti itu ada
banyak karamah terbit daripadanya itu, kebanyakannya itu berlaku sesudah
ia mati (dan matinya pada tahun 911 Hijrah).
Berkata Al ‘Alamah Syeikh Zakaria bin
Syeikh Muhammad Al Mahalli As Syafie bahawa Imam As Sayuti itu telah
ditimpa oleh sesuatu perkara yang besar pada suatu masa, maka saya minta
daripadanya, menulis surat wasiat atau pesanan kepada sesetengah anak
muridnya, melalui saya, maka Imam As sayuti enggan berbuat begitu dan
Imam itu telah melihatkan kepada saya akan sehelai kertas yang ditulis
dengan tangan Imam itu, bahawa: “Saya telah berhimpun dengan Nabi SAW
waktu jaga banyak kali lebih dari 70 kali dan sabda Nabi SAW kepada
saya, yang maksudnya:
“Bahawa siapa yang ada keadaannya begini, maka tiadalah ia berhajat pada pertolongan dan bantuan daripada sesiapa.”
Telah dihikayatkan daripada Imam As Sayuti telah berkata:
“Saya telah melihat dalam tidur saya,
seolah-olah saya ada di hadapan majlis Nabi SAW, maka saya sebutkan
sebuah kitab yang saya telah mula mengarangnya dalam perkara hadis dan
sunat iaitu Jam’ul Jawaami’ , maka saya berkata kepada Nabi SAW: Hamba
akan bacakan sedikit daripada isi kitab itu, maka sabda nabi SAW:
Bawalah kepada saya, hai guru hadis (Ya Syeikhul Hadis).” Berkata Imam
As Sayuti: “ Mimpi itu suatu khabar gembira kepada saya lebih besar dari
dunia dan seluruhnya.”
Dari kitab Khususiyyatu Yaumil Jum’ah karangan Imam As Sayuti dicetak di Damsyik tahun 1386-1966 Hijrah.
Al Habib Syeikh Abdul Qadir Al Idrus itu juga ada mengarang kitab bernama Ta’riful Ahyai Bifadhailil Ahya’I Kitab “Ahya” karangan
Imam Al Ghazali yang mati tahun 505 Hijrah yang terkenal itu dan kisah
Imam As Sayuti itu ada disebutkan oleh Syeikh Najmuddin Al Ghazzi dalam
kitabnya Al Kawakibus Saairah.
Adalah Al Habib Umar bin Abdul Rahman Al
‘Athas yang empunya ratib bernama “ Ratibul ‘Athas” yang terkenal di
Malaysia dan rantau sebelah ini, yang mati pada atahun 1072 Hijrah dan
ditanam di Huraidah Hadramaut (Selatan Tanah Arab) , ada berlaku di
tangannya beberapa perkara yang ganjil dan pelik atau karamah setengah
dari perkara-perkara itu:
1. Apabila Al Habib Umar itu pergi ziarah
kubur bapanya Sayyid Abdul Rahman , ia berkata pada kubur bapanya dan
ia mengkhabarkan segala perkara dengan penglihatan dan nampak dengan
matanya.
2. Kerabatnya berkata sedang kami duduk
di rumah kami dan di sisi kami Al Habib Umar Al ‘Athas, maka tiba-tiba
ia memerah akan lengan bajunya dengan air bertitik, maka kami bertanya,
“Ya Sayyidi, apa air ini?” Ia menjawab, “ Bahawa suatu kumpulan orang
kekasih kami, telah rosak perahu mereka di dalam laut Syam (Tanah
Hajaz), dan mereka minta tolong daripada kami maka kami datang membantu
mereka, mereka dilepaskan oleh Tuhan mereka dari bencana alam, dan basah
ini dari air laut itu.”
3. Apabila Habib itu beribadah kepada
Tuhannya dengan seorang diri jauh daripada manusia maka Nabi SAW datang
kepadanya hal keadaannya nyata dan Nabi SAW menyuruh akan dia mengajak
manusia kepada jalan Allah Taala, dan menunjuk dan mengajar mereka.
Mengapa saya tiada melihat akan keadaan Rasulullah SAW itu dengan nyata,
kerana jikalau terdinding daripada saya oleh Nabi SAW sekejap sahaja,
nescaya tiada saya bilangkan diri saya daripada kalangan orang Mukmin,
dan mengapa terdinding Nabi SAW daripada saya padahal baginda SAW itu
ain wujud saya.
4. Seorang lelaki meminang akan seorang
perempuan berkahwin dengannya, maka bapa perempuan dan saudaranya enggan
menerimanya, maka ia marah dengan hal yang beraku itu dan ia kembali ke
rumahnya dan ia berazam akan membunuh mereka, apabila malam gelap ia
menyandang senjatanya dan keluar menuju kepada bapa dan saudara
perempuan itu, di antara ia berjalan-jalan tiba-tiba ia merasa seorang
yang memegang tangannya seperti harimau yang ganas dan ia berpaling,
tiba-tiba ia melihat Habib Umar Al ‘Athas, maka ia tercengang gementar
dan Al habib itu berkata, “ Ke mana engkau hendak pergi?” Ia berkata,
“Saya ada mempunyai suatu hajat.” Katanya, “ Engkau tiada mempunyai
suatu hajat, tetapi engkau keluar ini kerana berbuat begini, begini.
Hendaklah engakau kembali ke rumah engkau.” Dan Al Habib itu melepaskan
tangannya dan laki-laki itu pun kembali ke rumahnya. Tiada beberapa hari
datang bapa perempuan dan saudaranya mengambil hatinya dan menerangkan
sebab-sebab penolakan pinangan itu dan meminta maaf. Dan keduanya
berkata, “Perempuan itu bagi engkau. Demi Allah kami tiada
mengahwinkannya selain daripada engkau.” Kemudian laki-laki itu
berkahwin dengan perempuan itu, dan mendapat anak-anak sepertimana
khabar gembira yang terbit daripada Al Habib Umar Al ‘Athas itu.
Ini kita petik dari Fathu Rabbin Nas huraian
Ratib Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas, telah dihimpunkan oleh
Maulana Al ‘Arif Sayyid Hussin bin Almarhum Al ‘Alamah Sayyid Abdullah
bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin Al ‘Athas dalam bahasa Melayu pada
tahun 1342 Hijrah.
Dihikayatkan oleh Abu Abdullah Al
Qastalani bahawa ia melihat Nabi SAW dalam tidur dan ia mengadukan
kepada Nabi akan sengsara hidup dan fakirnya dan papanya. Maka Nabi SAW
mengajarkan dia akan suatu doa.
Dari kitab Al Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddis Sayyid Muhammad Bin Ali Khidr yang mati tahun 960 Hijrah, dan Sayyid itu mengulas doa yang di atas ini.
Ketahui olehmu barangsiapa yang menyebut
akan “ Asmaul Husna” yang di atas ini, dan dia berperangai dengan
perangai kalangan orang-orang yang terpilih daripada hamba Allah, dan
beradab dengan adab wali-wali Allah, maka Allah Taala akan hidupkan roh
“Asmaul Husna” akan hati orang itu. Dan Allah akan terangkan akan
hatinya dengan cahaya hakikat “Asmaul Husna” itu. Dan ia tiada memohon
sesuatu daripada Allah melainkan Allah berikan apa yang ia mohon.
Adalah Habib Al Arifbillah Ahmad bin
Hussin bin Abdullah Al ‘Athas, datuk kepada Al Habib Sayyid Muhammad bin
Salim bin Ahmad Hussin Al ‘Athas dan Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim
rh. Itu pengelola masjid Ba’alawi di Bukit Timah di Singapura. Dan Al
‘Alamah datuk Habib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Haddad Al Haddar,
muftikerajaan Johor yang trdahulu itu adalah anak murid kepada Habib Al
Arif Ahmad bin Hussin Al ‘Athas.
Berkata habbib Sayyid ‘Alawi bin Thahir
Al Haddad dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah
Wa Imaamil Haqiiqah, Al Arifbillah Habib Ammad bin Hussin Al ‘Athas:
Kata Syeikh Muhamad bin ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab
Manaaqibil ‘Arifbillah Al Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas bagaimana
disebutkan oleh Imam Habib Al ‘Idrus bin Umar Al habsyi bahawa Al Habib
Al Arif Ahmad Al ‘Athas itu seorang wali Allah yang mutlak dan dia
dibenarkan mengkhabarkan apa perkara yang disembunyikan oleh orang lain.
Adalah Al Habib Arifbillah Ahmad bin
Hussin Al ‘ Athas itu apabila banyak melihat Rasulullah SAW sehingga
berulang-ulang kali semalam hingga tujuh kali.
Adalah Al Habib Al Arifbillah itu apabila ia berasa syak pada suatu hadis maka ia bertanya kepada Nabi SAW.
Adalah Al Habib Al Arifbillah itu dapat
mengetahui perkara bohong, katanya saya melihat keluar daripada mulut
pembohong itu seperti sesuatu asap.
Al Arifbillah itu dapat mengenal
karangan-karangan kitab-kitab ilmu, mana kitab itu ditulis mengikut hawa
nafsu atau kerana ta’asub atau lain-lain dari hawa nafsu dan ta’asub.
Al Arifbillah itu dapat memilih mana-mana kitab yang sayugia dibaca dan diamalkan oleh ahli ilmu.
Adalah guru Al Arifbillah Habib Ahmad bin
Hussin Al ‘Athas itu bernama Ghausu Zamaanih Al Habib Abu Bakar bin
Abdullah Al ‘Athas telah memohon pandangan dan pilihan dalam sesuatu
perkara kepada Nabi SAW maka Nabi SAW bersabda kepadanya: “ Akan datang
kebenaran atau datang isyarat di atas tangan seorang anak-anak kamu.”:
Al Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘Athas
berkata adalah roh-roh datang kepada saya pada permulaan hidup saya
sebagai suatu utusan sepuak lepas sepuak dan dia bercerita bahawa
setengah orang mati lalu kepadanya lepas roh-roh berpisah dari jasad
orang-orang mati itu atau lalu malaikat kepadanya dengan mmbawa roh-roh
itu. Saya Tanya (Habib Mufti), ke mana roh-roh yang tuan guru lihat
tadi? Jawabnya , dia bersiyarat dengan tangannya bahawa roh-roh itu
pergi ke pihak kiblat.
Al Arifbillah itu menceritakan kepada (Al
Habib Mufti) bahawa Al Arifbillah berhimpun dengan roh-roh
“barzzakhiyyah” yang belum masuk ke dalam jasad manusia di dalam suatu
perkara berlaku.
Adalah Al Arifbillah itu bangun tidur
pada 1/3 yang terakhir dari waktu malam, ia mengambil air sembahyang,
dan ia sembahyang dan panjang sembahyangnya itu. Kemudian ia membaca
zikir-zikir yang panjang dan mengulang-ulang “Asmaul Husna”, ia
bertasbih, ia bertahmid, ia bertakbir pada tiap-tiap “isim” itu.
Kemudian ia baca zikir-zikir yang lain kemudian ia baca Quran dengan
bacaan sederhana tiada cepat dan tiada lambat dan dia dapat membaca lima
juzuk Al Quran sebelum terbit fajar.
Disebutkan bahawa Al Arifbillah dan Al
Afiful Munawwar Ahmad bin Abdullah Balkhair sembahyang witir berjemaah
dengan membaca 10 juzuk Al Quran.
Adalah wirid Al Arifbillah dalam sehari
25,000 “Lailahaillallah” dan membaca separuh Quran. Adapun usaha Al
Arifbillah pada membaca kitab-kitab ilmu dari kitab-kita tafsir, hadis,
tasawuf dan lain-lain, maka tiadalah kita ketahui (kata Al habib ‘Alawi)
seseorang pun seperti Al Arifbillah itu.
Berkata Al ‘Alamah Muhammad Bifadhlu,
saya berhubung dengan Al Arifbillah pada tahun 1316 Hijrah, maka banyak
bilangan kitab yang ia baca di hadapan Al Arifbillah dan lain-lain
penuntut membaca kitab di hadapannya menunjukkan kitab-kitab yang dibaca
dihadapannya itu dari semenjak Al arifbillah balik dari Mekah sehingga
tahun itu tiada kurang dari 26 tahun, adalah sangat banyak tiada dapat
dikira, kerana tuan guru Al Arifbillah itu tiada sabar dari ilmu dan
dari ibadah dan dari zikir, semuanya itu makanan bagi dirinya dan
rohnya, dan saya tiada lihat akan seseorang pun tahan mendengar
kitab-kitab ilmu seperti tuan guru itu.
Adalah Al Arifbillah itu apabila ia
melayan “dhif-dhif” dan tetamu atau utusan-utusan maka ia tiada tahan
dari meninggalkan membaca kitab, maka ia letakkan sebuah kitab di atas
ribanya dan ia balik-balikan halaman kitab itu, sambil ia melayani
“dhif-dhif” itu kerana ia gemarkan ilmu dan kitab-kitab ilmu.
Dipetik dari Uqudul Almaasi.
Diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im dan Ibnu
Basykuwal daripada Imam Sufyan As Tsauri telah berkata, di antara
ketika saya mengerjakan haji, tiba-tiba masuk seorang pemuda, dia tiada
mengangkat sebelah kaki dan tiada meletakkan sebelah kaki, melainkan ia
berselawat atas Nabi SAW dan keluarga baginda.
Maka saya katakan kepadanya: “Adakah
dengan ilmu kamu kata begitu?” Pemuda itu menjawab: “Ya”. Kemudian
pemuda itu berkata: “Siapa tuan?” Saya menjawab: “ Saya Sufyan As
Tsauri.” Ia bertanya: “Dari Iraq ?” Saya jawab: “Ya.” Pemuda itu
bertanya: “ bagaimanakah tuan kenalkan akan Allah?” Saya jawab: “Allah
memasukkan malam ke dalam siang dan Allah memasukan siang ke dalam malam
dan Allah menggambarkan anak-anak dalam rahim.” Kata pemuda itu: “
Wahau Sufyan, tuan belum kenalkan Allah dengan sebenar-benar kenal.”
Saya berkata: “ Bagaimana kamu kenalkan
Allah?” Jawab pemuda itu: “ Bifaskhil hammi, wa naqdhil ‘azmi. (ertinya:
dengan membuang bimbang dan membatalkan azam.). Dan saya bimbang maka
saya buang bimbang itu, dan saya berazam maka dibatalkan azam saya itu,
dengan itu saya kenal bahawa bagi saya ada Tuhan yang Esa yang
mentadbirkan hal ehwal saya.”
Saya berkata: “Apa itu selawat yang kamu
selawat kepada Nabi SAW?” jawab pemuda itu: “Ceritanya begini: Adalah
saya pergi kerja dan bersama-sama saya ibu saya, dan ibu saya minta saya
bawa dia masuk ke dalam Kaabah. Maka saya bawa ibu saya ke dalam
Kaabah, maka ibu saya terjatuh dan bengkak perutnya dan hitam legam
mukanya. Maka saya duduk disisinya dengan sedih hati saya, dan saya
angkat 2 tangan ke langit dan saya berkata: Ya Rabbi Ya Tuhanku,
beginikah Tuhan hamba buat kepada sesiapa yang masuk ke dalam rumah
Tuhan hamba (Kaabah), maka tiba-tiba awan naik dari sebelah Tihamah, dan
tiba-tiba ada di dalamnya seorang lelaki memakai pakaian putih, dan ia
masuk ke dalam Kaabah. Dan ia lalukan tangannya di atas perut ibu saya,
maka muka ibu saya menjadi putih dan kesakitannya reda. Kemudian ia
berjalan hendak keluar dari Kaabah itu maka saya tarik bajunya dan saya
berkata kepadanya: “Siapa tuan yang menolong menyelamatkan saya dari
kesedihan saya?” Jawabnya, “ Saya Nabi kamu, Nabi Muhammad yang kamu
memberi selawat ke atasnya.”
Maka kata saya: Ya Rasulullah “Fa Ausini” (ertinya mohon beri pesan pada saya). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah angkat sebelah kaki dan jangan
letakkan sebelah kaki melainkan kamu berselawat di atas Sayidina
Muhammad dan di atas keluarga Sayidina Muhammad.”
Kata saya: “ Adalah orang muda ini dari kalangan wali-wali yang sampai kepada Allah.”
Saya kata ini kisah yang diceritakan Imam Sufyan As Tsauri yang terkenal dan dinukilkan oleh Imam Abu Na’im, pengarang kitab Hilyatul Auliya’ dan
Ibnu basykul dan telah dinukilkan oleh “Muhadissud Dunya” Sayyid As
Syeikh Abdullah As Siddiq Al Ghamaari daripada ulama Al Azhar dan ulama
Al Maghrib dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah dicetak oleh maktabah Al Kahirah Syari’ As Sonadiqqiyah, Medan, Al Azhar, Mesir.
Sedikit masa yang lalu saya telah
mendengar seorang penceramah di suatu radio dengan jahil dan lalai dia
mengatakan tiada mungkin dan tiada boleh seseorang menerima wirid dan
amalan daripada Rasulullah SAW di dalam kaabah zaman sekarang atau
sebelum sekarang, adalah Al ‘Alamah Ibnu Taimiyah menegur ahli taswuf
bagaimana tersebut dalam kitab Al Fatawal Hadissiyah atau
pengikut-pengikut Al hafiz bin Rejab dan Az Zahbi atau sefaham mereka
seperti Syeikh Abu Bakar Al Jazairi dan Syeikh Halali yang ada di
Madinah Almunawarrah itu kedua-duanya tiada senang hati dengan ahli bait
Rasulullah SAW dan dengan ahli tasawuf.
Maka nyata dari kata-kata ulama yang di
atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga,
dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan
suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH,
bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali
Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti ini termasuk
di bawah erti kata “ fadhoilul ‘amal”.
Adapun perkara halal dan haram telah
tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi
kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.
Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin ‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’ karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.
MIMPI terbahagi dalam tiga kategori utama.
Pertama: Ahlam
Yaqazah (mimpi dalam sedar) di mana orang yang bermimpi merasakan
gambaran-gambaran yang dialami dalam tidurnya itu seperti satu
kenyataan yang benar-benar terjadi dalam realiti.
Mimpi begini kadang-kadang memberikan kesan ke atas fizikal manusia yang mengalaminya, seolah-olah berlaku transformasi.
Contohnya
seperti menangis di dalam mimpi di mana transformasi berlaku hingga
pemimpi benar-benar menangis dan tangisannya didengar dan dilihat oleh
orang lain. Apabila tersedar orang yang bermimpi melihat curahan air
mata mengalir dan membasahi bantalnya.
Contoh
yang lain ialah orang yang bermimpi merasakan berada di satu tempat
yang panas atau tercampak ke dalam api. Apabila dia terjaga didapati
badannya mencurah-curah dibasahi peluh.
Semua mimpi jenis ini menggambarkan seolaholah alam mimpi itu benar-benar wujud dan bukan lagi sekadar mimpi.
Inilah yang dinamakan yaqazah atau sedar.
Kedua: Rukya atau disebut juga Mubassyirat yang dirujuk pada hadis Rasulullah S.A.W. yang antara lain bermaksud:
"Tidak akan tinggal daripada wahyu kenabian
melainkan sekadar Al Mubassyirat."
Sahabat bertanya, "Apa dia Al Mubassyirat itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah menjawab,
"Al Mubassyirat itu ialah mimpi yang benar (Al Rukya Al Sadiqah)"
Hadis ini jelas membuktikan kewujudan mimpi yang memberikan erti atau hidayah pada manusia.
Mimpi benar pula mempunyai banyak kategori dan yang paling mulia ialah mimpi menemui Rasulullah.
Bagaimanapun
mimpi bertemu Rasulullah ini pun masih ada yang perlu dijelaskan kerana
bukan semua orang bermimpi bertemu Rasulullah itu boleh ditafsir
sebagai benar melainkan sekiranya m memenuhi kriteria tertentu.
Setengah
orang ambil mudah mimpi tersebut seolah-olah asal sahaja bermimpi jumpa
Rasulullah maka benarlah mimpi itu walaupun yang ditemui dalam mimpi
itu lain gambaran dari sifat-sifat Rasulullah.
Harus diingat kerana syaitan sentiasa memainkan peranan dan boleh berlakon seolah olah mimpi itu benar.
Mimpi
bertemu Rasulullah boleh diseleweng oleh syaitan. Sebagai contoh saya
sering mendengar cerita daripada kenalan-kenalan antaranya, ada seorang
manusia biasa memberitahu, beliau pernah bermimpi bertemu Rasulullah
ketika sedang tidur sewaktu berburu di hutan.