Wednesday, December 12, 2012

Pengertian Yaqazah

Sumber: http://groups.yahoo.com/group/alFikrah/message/3465

Dipetik dari
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=129049&highlight=&page=3

Mari kita sama2 kongsi ilmu ok…
1. Yaqazah ialah bahasa Arab yg bermaksud jaga dan Yaqazah Wa Musyafahah iaitu
jaga dan berbual.

Persoalannya sekarang ialah bolehkah beryaqazah dgn Roh Rasulullah kerana
baginda sudah wafat ribuan tahun lamanya.

Lihat beberapa dalil Al-Quran dan hadis di bawah ini…

Dalam surah al-Baqarah ayat 154 Allah berfirman yg bermaksud..

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang2 yg gugur di jalan Allah (bahwa
mrk itu) mati, bahkan (sebenarnya) mrk itu hidup, ttp kamu tidak menyedarinya.”

Al-Quran itu dgn tegas menyatakan bahawa org2 yg mati (pada jalan Allah) itu
adalah hidup.

Apa pula kata hadis tentang perkara ini?

Dalam kitab Zarqoni, iaitu syarah kitab Mawahibulladuniyyah, Juz 5 muka surat
332 tertulis hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi dr Anas bin Malik bahawa
Rasulullah saw bersabda: “ Adalah Nabi-Nabi itu hidup di dalam kubur mrk dan
sembahyang mereka itu.”

Lagi satu contoh..

Kitab Sahih Muslim, Juz 1 muka surat 389 menyebut begini:

Sahabat Zubair mengatakan bahawa Rasulullah saw sesudah menziarahi kubur dgn
sahabat2 baginda, telah mengajarkan para sahabat itu dgn ayat yg bermaksud:

“Salam atasmu hai penduduk (ahli) kampung Mukminin dan Muslimin dan kita Insya
Allah akan mengikuti kamu. Kami memohon afiat utk kami dan utk kamu.”

Bukankah ini doa lazim yg sudah menjadi amalan oleh kita semua ketika menziarahi
kubur hingga ke hari ini? Atau adakah selama ini kita hanya tahu baca saja tanpa
tahu maknanya? Atau pun lebih teruk lagi, ada yg tak pernah tahu pun selama ini
adanya doa bila nak ziarah kubur, main ikut2 orang saja bila ziarah kubur
terutama pada hari raya setahun sekali.

Dari hadis di atas fahamlah kita bahawa Rasulullah saw pernah bercakap2 dgn ahli
kubur. Mungkinkah Rasulullah saw bercakap2 dgn jasad yg sudah reput? Jadi
siapakah ahli kubur yg hidup itu? Yakni sesiapa sahaja dr kalangan para Nabi,
Solehin, Aulia’, Ulama dan seterusnya.



2. Lihat pula apa kata Imam Bukhari mengenai yaqazah ini…

Dalam kitab Hasyiah ‘Ala Mukhtasyor oleh Ibnu Abi Jumrah terdapat sebuah hadis
yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari pada muka surat 205-206 yg bermaksud:

“Barangsiapa melihatku (Rasulullah saw) di dalam mimpi maka ia akan melihatku di
dalam keadaan jaga (yaqazah). Dan syaitan tidak boleh merupa dgn rupaku.”

Jadi apakah yaqazah dlm hadis ini merupakan suatu pembohongan besar oleh Imam
betaraf Mujtahid ini?

Begitu juga dgn Syeikh Jalaluddin As Sayuti atau lebih dikenali sebagai Imam
Sayuti rahimahullahutaala yg merupakan bukan shj seorang Mujtahid Mutlak tapi
juga seorang Mujadid (pembaharu urusan agama atau “reformer”) kurun ke 9 yg
membuat pengakuan bahwa beliau bertemu secara jaga (Yaqazah Wa Musyafahah) dgn
Rasullah saw sebanyak 75 kali. Ini diriwayatkan dalam kitab Al Mizanul Kubra.

Sebagai seorang Mujadid, Allah hiaskan peribadi Imam Sayuti dgn kesufian yg
tinggi, begitu mendidik, memperbaiki amalan agama yg sudah rosak pada masa itu
hingga raja2 di zaman itu menjadi takut dan begitu segan dgn beliau. Ini
membuatkan raja2 yg merasakan diri mrk besar dan mulia mahu juga mendgr dan
menghormati ajaran2 Islam yg dikatakan oleh orang Tuhan ini. Kitab2 hasil
tulisan Imam Sayuti ada riwayat yg mengatakan mencecah sebanyak 600 buah. Islam
yg terpelihara hingga ke hari ini pun tidak dapat dinafikan bersumberkan dr Imam
Sayuti yg serba boleh ini.

3. Perhati pula kaitan Imam Muhammad bin Muhammad Abu Hamid Al Ghazali yg sgt
terkenal sebagai Imam Ghazali yg menulis kitab Ihya’ Ulumuddin yg agung hingga
sekarang dgn soal Yaqazah. Beliau lahir di Baghdad dan hidup ditgh2 perpecahan
umat di zamannya. Dari sinilah beliau bangkit sebagai Mujadid kurun ke 5.

Sebelum diberi ilham oleh Allah swt utk menulis kitab Ihya’ beliau beruzlah
tidak kurang dari 10 thn lamanya dgn melakukan ibadah, menghayati Al-Quran,
zikir serta membersihkan hati drpd sifat mazmumah. Di antara tpt yg beliau
sempat beruzlah ialah:

1. Di atas menara masjid Damsyik
2. Di atas Kubah Masjid Baitul Maqdis
3. Di Kubah Masjid Baitul Maqdis
4. Di Tanah Suci Mekah sambil menunaikan haji dan ziarah maqam Rasulullah saw
5. Di Baghdad {yakni di Negara sendiri utk terus beruzlah dan berkhalwat
(bersunyi diri dgn Tuhan)}

Selepas 10 tahun beruzlah itulah Imam Ghazali dpt kekuatan jiwa yg luar biasa.
Dlm ketika beruzlah itulah beliau berupaya menulis kitab agungnya itu di mana
Allah perlihatkan perkara2 yg pelik dan ghaib, spt melihat para malaikat dan Roh
Nabi2 secara jaga (yaqazah), serta ucapan2 mrk (utk dijadikan serba-sedikit
guide line).

Di dllm kitab Ihya’ Ulumuddin (bermaksud menghidupkan ilmu2 agama), inilah Imam
Ghazali mempersatukan semula 3 bahagian ilmu yg sudah tercaing-caing ketika itu
iaitu ilmu usuluddin (tauhid), feqah dan tasauf didlm bentuk teori dan
amalannya. Kitab inilah yg telah dibaca merata2 di seluruh dunia hingga ke hari
ini terutama di kalangan mazhab Shafie dan diakui oleh jumhur (kesepakatan)
ulama ul amilin. Di dalam kitab Ihya ini juga ada Imam Ghazali menceritakan
pertemuannya dgn Rasulullah secara yaqazah.

Sekarang lihat pula apa cerita dari Imam Syafie (Imam Mazhab yg muktabar)…

Imam As Sayuti dlm kitabnya yg bernama Sharhus Sudur (antara 600 buah kitab
tulisan beliau) ada menuliskan begini pada muka surat 206 :

“Imam Syafie bercerita…seorang penggali kubur diceritakan oleh orang yg
dipercayai, di dalam sebuah kubur beliau itu berjumpa orang atas katil sedang
membaca Al-Quran.

Seterusnya di muka surat 207 Imam Sayuti itu menulis : “Syeikh Abi Said
bercerita waktu beliau di Makkah terdapat mayat seorang pemuda di pintu Makkah.
Mayat itu senyum dan berkata. “Wahai Aba Said, bahawa para kekasih Allah itu
hidup walaupun mrk mati dan mrk berpindah dari satu negeri ke satu negeri. Maka
aku (Abi Said) bertanya, Wahai tuan, adakah hidup selepas mati? Jawab pemuda…Ya,
saya hidup dan setiap kekasih Allah adalah hidup. Sesungguhnya aku akan menolong
engkau dgn kedudukan aku esok.”

Dari kitab Al Mizan oleh Al’Ariful Shomadi Wal Kutuburrabbani Saiyidi Abdul
Wahab As Shaarani dalam Juz 1 muka surat 38 dan 39 dituliskan begini:

“Hukum2 yg mereka (Imam Mazhab yg empat) keluarkan adalah bersumberkan Al Quran,
Sunnah Nabi saw, perkataan para sahabat, Imam Mujtahid dan Kasyaf. Kasyaf itu
ialah bertemu secara langsung dgn Roh Rasulullah saw dan bertanya. “ Wahai
Rasulullah, adakah ini (Quran dan Hadis) dari engkau atau tidak?”

Pertemuan ini bukan dlm mimpi ttp adalah secara Yaqazah Wa Musyafahah iaitu jaga
dan berbual. Hasil dr perbualan dgn Roh Rasulullah yg suci ini barulah Imam2
mujtahid secara ‘finalnya’ akan menulis dlm kitab2 karangan mereka.

Ramai di kalangan ahli2 sufi yg telah berjumpa Roh Rasulullah saw secara jaga di
dunia ini. Di antara mrk ialah Asy Syeikh Abu Abbas Al Mursyi, Sayidi Ibrahim Al
Matbuli, dan Syeikh Al Barrowi. Itu yg tercatat atau yg diketahui tapi yg tidak
diketahui sebenarnya ramai, di mana hal ini lazim dan bukan luarbiasa bagi
pengamal2 tariqat yg haq dari dulu hingga sekarang hatta di alam Nusantara ini
sekalipun. Kalau kita kaji sejarah kedatangan Islam ke alam melayu, bukankah
ianya jelas dibawa oleh pendokong2 tariqat?

No comments:

Post a Comment