Wednesday, December 12, 2012

Persoalan Mujaddid dan Yaqazah berkaitan Nur Muhammad

Sumber: http://heliconia.wordpress.com/2007/08/17/persoalan-mujaddid-yaqazah-berkaitan-nur-muhammad/

Petunjuk Tuhan disalurkan kepada manusia melalui para rasul dan Nabi-nabi. Di zaman adanya Rasul maka ia membawa syariat baru dari Allah. Di zaman tiadanya Rasul pula, para nabi didatangkan untuk menyampaikan dan ‘refresh’ syariat Rasul yang tiba sebelum mereka. Mengikut yang ditulis kitab-kitab, sepanjang umur dunia, Allah sudah utuskan 313 orang Rasul semuanya. Ada juga pendapat yang mengatakan 314 atau 315 orang Rasul semuanyal Bilangan Nabi pula adalah 24 ribu orang. Nabi-nabi ini diutuskan di antara atau di sela-selakan dengan kedatangan Rasul.
Nabi dan Rasul terakhir yg merupakan penutup segala Rasul ialah Muhammad SAW. Selepas kewafatan Baginda SAW ini, dunia bersambung hinggalah kini sebelum dunia nanti dikiamatkan. Ertinya selama sudah lebih 1400 tahun, umat manusia mempunyai Nabi yang telahpun wafat. Kewafatan Baginda RasuluIlah SAW bukanlah bermakna berakhirnya misi beliau sebagai seorang Rasul dan Nabi yang diutuskan untuk umat akhir zaman.
Ini secebis  ungkaian kisahnya sebelum baginda wafat.
————————————————————————-






Rasulullah bertanya kepada Jibril. “Bagaimana keadaan umatku pada hari kiamat nanti?”.
“Percayalah kepadaku bahawa Allah s.w.t. telah melarang semua Nabi-nabi dan umat-umatnya masuk ke syurga sebelum kamu dan umatmu memasukinya”, jelas Jibril.  
Tidak lama kemudian keluarlah ungkapan masyhur ini dari mulutnya yg suci sambil menitiskan air mata.. ”Ummati, ummati, ummati” sebelum baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir..


—————————————————————————-
Tangisannya sebelum wafat terhadap nasib umatnya bererti Bagindalah yang akan menyelamatkan umatnya itu dengan izin Allah. Sebagai seorang Rasul, tentulah Allah SWT ada qudrat dan iradahNya untuk melakukan peranan seorang itu yang sudah wafat jasadnya, dapat menyelamatkan orang yang masih hidup di alam lahir. Makam Rasulullah SAW  di bumi Madinah adalah satu  kekuatan simbolik umat Islam. Jasad baginda tidak reput sebagaimana jasad orang awam. Namun, roh baginda yang  masih berperanan sesudah wafatnya adalah kekuatan  tersirat kedua yang menjadi satu kekuatan lagi untuk Umat Islam.
——————————————————————————
Persoalan ROH dan Roh Muqaddasah
Roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti jasad lahir (fizikal)  yang akan binasa, namun jasad para kekasih Allah seperti Rasul, Nabi dan para wali tidak binasa dan seolah2 masih hidup. Ini adalah satu tanda2 kebesaran Allah
Roh yang bersih, Allah akan kurniakan rasa yang Tepat atau Firasat
Roh kalau terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala, sebahagian yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya yang dikatakan mukasyafatul Qulub (kasyaf)
Kejadian Yaqazah antara para wali dan Rasululah SAW sesudah wafatnya itu  yang menjadi satu isu kontoversi di zaman moden itu adalah sebahagian dari rahsia alam ghaibBila dikatakan alam ghaib, ia tidak termasuk Tuhan, Tuhan juga ghaib tetapi Tuhan bukannya alam. Tuhan itu tersendiri. Maha Suci Tuhan daripada menyerupai alam. Alam adalah apa sahaja selain Tuhan. Alam adalah ciptaan Tuhan dan dinamakan makhluk.Tuhan itu Pencipta atau Khaliq.
Ghaibnya Tuhan tidak sama dengan ghaibnya alam. Alam ghaib ini ada beberapa kategori.Yang tertinggi ialah alam malaikat, kedua alam jin dan ketiga alam roh muqaddasah. Malaikat diceritakan di dalam Quran dan Hadis. Roh muqaddasah pula sebenarnya adalah MANUSIA. Muqaddasah itu maksudnya DISUCIKANRoh muqaddasah ialah roh yang disucikan.
Roh muqaddasah atau roh yang suci ini peranannya lebih kuat dari peranan jasad. Roh muqaddasah ini dia mutassarif atau aktif, lebih aktif dari fizikalnya. Roh ini kuat semasa hidupnya umpama Roh Asif Barhiya yang dapat mengangkat takhta Ratu Balqis, umpama Roh Imam Mazhab yang empat, roh ulama-ulama muktabar dahulu yang dapat melihat dan bertemu roh Rasulullah SAW, juga umpama Roh Yazid Bustami RH yang dapat menggandakan dirinya menjadi ratusan semasa mahu dipanah skuad pemanah,


Roh-roh ini jika sudah dikeluarkan dari jasadnya, (wafat / meninggal dunia) ia lebih bebas kerana tidak terkurung dalam sarang fizikalnya. Inilah roh-roh muqaddasah yang berperanan dan aktif tetapi tidak disedari manusia.
———————————————————————-
Teknik’ yang digunakan oleh Allah SWT untuk melakukan yang demikian ( yaqazah ) itu boleh di’baca’ dalam sebuah Hadis Rasulullah  SAW ini: “Akan datang di setiap awal 100 tahun seseorang yang akan membaharui Agama (Mujadid). Dia dapat menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dirosakan oleh orang-orang yang menghalangnya”
Sudah ada 14 mujadid yang datang di awal kurun hijrah yang sudah berlalu selama 14 kurun, sejak kewafatan Rasulullah. Di antara mereka ialah Imam Syafie yang datangnya adalah untuk mengaktifkan semula amalan syariat dengan memperkenalkan kaedah ijtihad. Keluarlah darinya penemuan-penemuan kaedah baru untuk menghidupkan agama di zamannya. Pendekatan secara ijtihad ini adalah khusus untuk kaum di zaman itu. Penemuan kaedah ini janganlah kita anggap hasil akal fikiran atau hasil pengajiannya di alam dunia beliau di zamannnya.
Sebenarnya bila Allah SWT dan Rasulullah SAW isytiharkan adanya mujadid disetiap awal kurun ertinya mujaddid itu adalah bikinan dan ciptaan Allah SWT dengan Rasulullah SWT sebagai perantara, di mana monitornya adalah Allah menerusi perantaraan Rasulullah SAW-lah yang mengajarkan mujaddid  itu untuk melakukannya, begini, begini samada secara langsung ( yaqazah)  beserta/atau  berupa ilham yang dicampakkan ke dalam hati.
Roh Rasulullah SAW diizinkan Allah untuk hadir (Yaqazah) lalu ‘mengajarkan’ melalui ilham yang jatuh ke hati para mujadid. Hakikatnya Rasulullahlah yang melakukan tugasannya sebagai Nabi akhir zaman untuk menghidupkan agama Islam atau Al Quran dan As Sunnah setiap 100 tahun sekali. Tetapi mengapakah kaedah ini yang diambil Tuhan?
Konsep Keagungan Nur Muhammad
Allah mahu menunjukkan kuasaNya yang Maha Agung itu terhadap Nabi Muhammad yang mana roh Nur Muhammad itu adalah lebih dominan daripada fizikalnya. Ia kekal wujud sejak awal-awal diciptakan sebagai ciptaan paling utama, hinggalah mampu berperanan sebagai mahluk paling akhir yang akan dimatikan. Ajaran Nur Muhamad akan terus menguasai dan akan bangkit sekali lagi untuk memerintah dunia seluruhnya. Grand design oleh Allah SWT dan Rasul ini adalah percaturan paling licik Allah untuk membuatkan musuh-musuhNya akhirnya menyerah diri kepada Allah dan menerima agama Muhammad.
Mujadid-mujaddid yang datang untuk kurun-kurun mereka dihantar oleh Allah dan Rasul dan dibekalkan kekuatan untuk menghidupkan agama Allah dan Rasul kepada kaumnya semula. Contohnya Imam Ghazali mampu menyatukan semula syariat, tasawuf dan tauhid yang sudah terpisah-pisah. Gabungan tiga bidang ilmu yang dibuat dalam Al Quran dan Hadits oleh Allah dan Rasul terpecah dalam beberapa kurun kemudiannya. Lalu tanggungjawab Allah dan Rasulllah yang membetulkan semula kerosakan itu dengan cara menghantar orangnya selaku mujaddid.
Cuba anda fikir kepada para orangNya,masakan Allah dan Rasul tidak punya apa-apa hubungan, sedangkan misi mujaddid sepertimana hadis tersebut ialah misi Allah dan Rasul.
Selain  Imam Syafie dan Imam Al Ghazali, Imam  Abu Hassan AsySyaari pula mengeluarkan kaedah pengajaran ilmu tauhid secara falsafah. Terkenal kaedahnya sebagai ilmu sifat 20. Imam Fakhruddin Ar Razi menghuraikan cara bagaimana mentafsirkan Al Quran. Imam Sayuti menghuraikan bagaimana imam mujtahid berijtihad. Demikianlah karamah-karamah besar yang Allah rezekikan kepada setiap mujaddid yang datang…semuanya memperbaharui agama di awal setiap kurun. Ini adalah mukjizat Nabi Muhammad yang sangat besar yang berlaku selepas wafatnya baginda. Mujaddid-mujaddid itu sebenarnya roh mereka ’bersama’ roh Rasulullah SA W.
Para mujaddid adalah seperti para nabi di zaman tiada nabi. Yaitu peranannya bukan membawa syariat baru. Mereka menyampaikan syariat Rasulullah untuk setiap seratus tahun sekali. Supaya setiap umat sepanjang  1oo tahun mendapat sentuhan Nabi mereka melalui mujaddid. Demikianlah rahmat dan keadilan Allah. Supaya setiap orang diberi peluang untuk selamat dari api neraka.
Sesiapa yang hidup di zaman adanya petunjuk samada Rasul, nabi dan mujaddid tapi tidak mengikut petunjuk maka bersiap-siaplah untuk mendapat pembalasan Tuhan.

No comments:

Post a Comment